Thursday, September 12, 2013

Bersosial Membantu Meredakan Kesakitan Kanser Payudara

Rasa sakit yang dirasakan oleh pesakit kanser payudara akan mempengaruhi emosi dan fizikal mereka. Walaupuan banyak ubat-ubat meredakan kesan kesakitan, tak ada salahnya menggunakan cara semulajadi dan dan nonmedis, salah satunya adalah dengan lebih banyak bergaul.

Sebuah kajian baru menunjukkan, interaksi sosial yang baik dengan keluarga dan rakan-rakan boleh mengurangkan rasa sakit tersebut sehingga dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Kajian ini melibatkan 3,100 orang wanita di California yang didiagnosa kanser payudara antara 2006 hingga 2011. Selama kira-kira 2 bulan selepas mereka didiagnosis, mereka diminta melengkapkan soal selidik tentang rangkaian sosial mereka , berapa besar sokongan terhadap mereka, serta kualiti emosi dan fizikal dari hidup.

Para penyelidik asal Kaiser Permanente menyimpulkan, wanita dengan rangkaian sosial yang luas cenderung mempunyai kualiti hidup yang terbaik semasa rawatan kanser payudara.

Menurut mereka , interaksi sosial positif seperti melakukan kegiatan menyenangkan dengan keluarga dan rakan merupakan hal yang penting yang menentukan kualiti hidup pesakit. Pesakit yang kurang interaksi sosial atau kurang bergaul dilaporkan mempunyai kualiti hidup yang lebih rendah.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Breast Cancer Research and Treatment ini juga mendapati sokongan dari keluarga, seperti membawakan makanan dan menghantar pesakit untuk membuat rawatan, merupakan faktor terkuat dalam membantu pesakit kanser melawan penyakitnya.

Penulis kajian Candyce Kroenke, kakitangan penyelidik di bahagian penyelidikan Kaiser Permanente mengatakan, kajian ini memberikan bukti saintifik bahawa sokongan sosial boleh membantu meringankan gejala fizikal kanser.

"Mekanisme sokongan sosial berperanan terhadap penyembuhan fizikal," ungkapnya.

Sumber: KOMPAS

No comments:
Write comments