Sunday, July 7, 2013

Diet Sihat Pesakit Gastrik.

Masalah kelebihan berat badan boleh dialami siapa saja, termasuk pesakit gastrik. Namun, menjalankan program diet bukan hal yang mudah. Gangguan pada saluran pencernaan akan menyebabkan kembung, sakit di ulu hati, dan beberapa aduan lain yang dicetuskan oleh jumlah asid perut yang berlebihan.

Sebenarnya, perut menghasilkan asid secara teratur untuk membantu mencerna makanan. Namun, jika asid perut terproduksi secara berlebih, inilah yang menyebabkan masalah. Pengeluaran asid perut akan meningkat ketika tubuh memerlukannya, misalnya ketika tubuh memerlukan pengambilan makanan.

Gangguan gastrik akan terjadi ketika pola makan kita berubah. Jadual makan yang tak teratur, menyebabkan perut sukar menyesuaikan diri. Jika pengeluaran asid perut ini terjadi terus-menerus, maka akan merengsakan dinding mukosa pada perut. Inilah yang menyebabkan rasa pedih dan mual, yang akhirnya memadamkan niat untuk berdiet.

Image courtesy of  David Castillo Dominici / FreeDigitalPhotos.net
Kurangkan punca gastrik.

Meski menderita gangguan perut, prinsip menurunkan berat badan tetap sama, iaitu makan teratur, mengurangkan pengambilan lemak, dan rutin bersenam. Bezanya, pesakit gastrik ada baiknya mengurangkan makanan yang merangsang asid perut, seperti durian, kopi, keju, makanan yang terlalu pedas, dan yang banyak mengandung gas.

Berikut tiga tips diet sihat bagi pesakit gastrik.

Makan teratur.

Makan dengan jarak waktu teratur adalah prinsip utama bagi pesakit gastrik. Makanlah dalam jumlah yang kecil setiap 3 jam sekali. Jangan pernah membiarkan perut terlalu lama kosong. Selain mengurangkan makan, cubalah lebih teratur bersenam, misalnya jalan kaki 30 minit sehari.

Step by step.

Menurunkan berat badan sebaiknya tak dilakukan secara drastik. Capailah berat badan ideal dalam beberapa peringkat. Misalnya, tahap pertama, tentukan target menurunkan berat badan sekitar 5-10 peratus atau 4-9 kg dari berat badan saat ini. Setelah target pertama tercapai, barulah menentukan target kedua, dan selanjutnya.

Kurangkan hidangan.

Kurangkan jumlah makanan hingga 1/3 atau 1/2 dari jumlah yang biasa anda makan. Ganti snek dengan buah-buahan segar yang tidak asam. Minum susu nonfat tanpa gula atau teh hangat tanpa gula. Sebagai teman minum teh, anda boleh memilih crackers sihat. Selain itu, elakkan pemprosesan makanan dengan minyak atau santan kental. Di tengah menjalani program diet ini, jika perlu rujuk doktor untuk pengambilan ubat gastrik.

Mudah, kan? Selamat berdiet sihat ya.

Sumber: http://female.kompas.com/

No comments:
Write comments