Sunday, July 7, 2013

Makan sihat Ketika Bulan Puasa

"Puasalah agar kamu sihat", demikian salah satu hadis Rasulullah berkaitan dengan manfaat puasa bagi yang menjalankannya. Kajian yang telah banyak dilakukan juga menunjukkan demikian, tetapi tidak bermakna bahawa puasa itu tanpa akibat yang buruk. Keluhan-keluhan seperti gangguan perut, mengantuk, letih, kekurangan cecair, sakit kepala, sering dilihat setelah beberapa hari berpuasa. Tabiat makan, minum yang tidak sihat pada waktu berbuka, malam, dan waktu sahur, setelah sepanjang hari menahannya adalah penyebab utamanya. Kerana itu, mudah-mudahan tips berikut ini dapat membantu mengurangkan keluhan-keluhan itu.

1. Niat

Niat anda berpuasa hendaknya hanya semata-mata kerana menjalankan perintah Allah, mencari redha-Nya. Keikhlasan yang timbul dari kesedaran ini akan mempengaruhi sikap, perilaku, suasana hati anda berpuasa. Filkiran, jiwa anda menjadi lebih tenang, damai. Kedamaian, ketenangan ini mempengaruhi keseimbangan secara keseseluruhan dalam badan anda.

Image courtesy of  phalinn/http://www.flickr.com

2. Jangan elakkan makan sahur

Seperti sarapan pagi apabila anda tidak puasa, sahur adalah penggantinya. Mengelakkan sahur sama artinya dengan tidak mengisi tanki bahan bakar kereta anda yang telah menipis, sementara anda akan berjalan jauh. Akibatnya dalam perjalanan kereta anda akan mogok. Kita, kalau tidak sahur juga boleh demikian, memang tidak mogok seperti kereta yang kehabisan bahan bakar, tetapi perasaan letih, mengantuk, malas, tidak bersemangat, sakit kepala dapat kita alami sepanjang hari berikutnya. Pesakit diabetes yang mengambil ubat-ubatan misalnya, tidak makan sahur boleh memacu hipoglikemi, kadar gula darah anda turun drastik. Mengelakkan makan sahur juga mendorong anda makan berlebihan pada waktu berbuka dengan segala akibat buruknya.

Makan berlebihan pada waktu sahur juga tidak sihat, apalagi makanan yang cepat diserap seperti gula, karbohidrat olahan. Makanan ini boleh menyebabkan gula darah cepat meningkat, tetapi kemudian cepat juga turun akibat kerja insulin, ini membuat anda mudah letih dan mengantuk. Sebaliknya, utamakan mengambil makanan yang banyak mengandung karbohidrat kompleks, protein dan sedikit lemak. Sayur-sayuran, buah-buahan, dan makanan lain yang banyak mengandung serat juga sebaiknya anda makan lebih banyak. Makanan berserat ini dicerna lebih lambat dan juga membantu melambatkan proses penyerapan gula dalam sistem pencernaan anda dan gula darah menjadi lebih stabil.

3. Elakkan makan berlebihan waktu berbuka

Makan yang rakus, berlebihan boleh menyebabkan perut senak, kembung, sendawa, cegukan, refluks esofagus, bahkan serangan asthma, jantung boleh dicetuskan oleh kerana kebiasaan berbuka tidak sihat ini. Rasulullah memberikan contoh, berbuka hanya dengan 2-3 buah kurma, kemudian air putih. Minum segelas susu, Jus buah atau mengambil buah-buah yang banyak mengandung air seperti tembikai, betik,  oren juga sangat baik sebagai pembuka puasa, lalu anda solat maghrib,

Selepas anda selesai solat maghrib atau Isya', barulah anda makan. Pilih lah makanan yang lengkap nutrisinya, makanan seimbang karbohidrat, protein, dan lemak. Sayur-sayuran, buah-buahan, dan makanan lain yang banyak mengandung serat adalah pilihan yang baik. Tetapi, tetap di ingat bahawa makan sedikit, demi sedikit walau lebih sering lebih baik bagi kesihatan pencernaan dan tubuh kita secara keseluruhan. Jadi lebih baik anda makan bubur, atau sup setelah maghrib, kemudian sedikit nasi selepas anda solat Isya atau tarawih.

Mengambil makanan, minuman yang manis-manis, termasuk produk karbohidrat olahan berlebihan juga harus dielakkan. Kebiasaan ini boleh menyebabkan turun naik gula darah yang drastik. Kadar gula darah yang tidak stabil boleh menyebabkan bermacam keluhan, seperti mengantuk, mudah letih dan bahkan adiksi terhadap makanan yang sama.

4. Minum banyak air

Kerana siang hari anda tidak minum sama sekali, ini membolehkan anda mengalami risiko kekurangan cecair bila tidak cukup minum pada waktu malam hari. Sebaiknya paling tidak anda minum 8 gelas air mulai berbuka sampai waktu sahur. Sumber cecair itu boleh dari Juis buah, sup, susu, makanan lain, tetapi air putih lebih baik, Kopi, teh, minuman soda sebaiknya anda elakkan atau hadkan, apalagi bila anda minum waktu sahur. minuman ini dapat memacu diuresis, anda lebih kerap buang air kecil, dan risiko anda mengalami dehidrasi lebih besar.

Kemudian, sebagai tip yang paling penting adalah bahawa, Allah telah mengingatkan kita dalam Al-Quran, "makanlah, minumlah, tetapi jangan berlebihan, sesungguhnya Allah membenci mereka yang suka berlebihan".

Sumber: Kompas.com

No comments:
Write comments