Wednesday, February 26, 2014

Banyak Makan Buah Boleh Menyebabkan Anda Gemuk?

Saat cuba menurunkan beberapa kilogram berat badan, banyak orang yang memanfaatkan buah untuk menghilangkan keinginan mengambil makan manis. Buah mengandungi banyak serat, vitamin, dan mineral sehingga makan banyak buah mungkin terdengar menyihatkan.

Buah mempunyai manfaat kesihatan yang penting bagi pola makan sehari - hari. Namun benarkah terlalu banyak makan buah justru akan merosakkan diet penurunan berat badan?

Jacqueline Silvestri Banks, kaunselor kesihatan holistik dari Oregon Amerika Syarikat berkata, buah mengandungi gula sederhana jenis fruktosa dan karbohidrat, yang perlu diambil dalam kandungan yang sederhana oleh pelaku diet. Makan buah terlalu banyak boleh menyebabkan peningkatan kadar insulin. Padahal saat kadar insulin meningkat, tubuh akan kesulitan dalam membakar lemak .

Green Apple by  Ү

Fruktosa diproses di lever ( hati ) dan jika tidak segera digunakan, bahan ini disimpan di dalam tubuh dalam bentuk lemak dan boleh digunakan lagi sebagai tenaga. Simpanan sebagai lemak ini tentu akan menjadi masalah bagi pelaku diet.

Banks berkata, jumlah fruktosa yang dimakan juga perlu menjadi perhatian bagi penghidap diabetes. Ini kerana kemampuan tubuh mereka untuk mencerna gula sudah menurun. Dengan kata lain, mekanisme penggunaan gula sebagai tenaga atau deposit gula yang tidak terpakai menjadi lemak penghidap diabetes tidak sebaik pada orang sihat.

Malangnya, menurut Banks, sumber fruktosa tidak hanya buah. Bahan pemanis semulajadi seperti madu ataupun agave juga mengandungi fruktosa. Belum lagi makanan yang diproses seperti bijirin, minuman bungkusan, hingga roti dan yogurt juga mengandungi sirap jagung tinggi fruktosa.

Banks berkata, jika anda peduli dengan metabolisme tubuh serta bertujuan mengurangkan berat badan, maka pengambilan buah setiap hari perlu dihadkan dua sajian per hari. Serta, pilih buah dengan kandungan fruktosa rendah dengan serat yang tinggi seperti epal hijau.

Sumber: health.kompas.com

No comments:
Write comments