Tuesday, June 16, 2015

Benarkah Kopi Boleh Menjadi Punca Cirit-birit?


Pernahkah anda merasakan, sesaat selepas minum kopi, perut terasa mulas dan ingin buang air besar? Namun, benarkah kopi merangsang munculnya keinginan buang air besar?

Seperti yang diketahui selama ini bahawa kopi, terutama kafeinnya, bersifat diuretik. Artinya, kopi membuat tubuh memproses lebih banyak cecair dari biasanya yang menyebabkan sering buang air kecil. Kesan diuretik pada kafein boleh berbeza-beza berdasarkan banyak faktor, seperti jenis kelamin, aktiviti, dan sebagainya. Namun, kafein juga mempunyai kesan julap bagi mereka yang sensitif. Zat kimia kafein merangsang kontraksi pada usus. Kesannya persis seperti sakit perut selepas makan.


Tapi, kesan ini hanya berlaku pada kopi. Menurut William DePaolo, Profesor Mikrobiologi dan Imunologi di Keck School of Medicine, pada kopi biasa kesan pencaharnya jauh lebih besar dibanding pada kopi berkafein rendah. Segelas kopi seduh boleh mengandungi 80 hingga 135 miligram kafein, sedangkan Coca Cola hanya mengandungi 34 miligram kafeine. Itulah sebabnya, mengapa soda tidak mempunyai kesan julap dan kita tidak ingin buang air besar selepas meminumnya.

Asid pada kopi menyebabkan peningkatan pengeluaran pada hempedu di dalam tubuh. Setelah menghasilkannya, hati menyimpan hempedu di dalam kantung. Kopi membuat kantung hempedu melepaskan hempedu ke dalam usus. Itulah mengapa kopi membuat ingin buang air besar dan terkadang sampai cirit-birit.

Menurut Dr. Jay Kuemmerle dari American Gastroenterogical Association, selain bijinya, kopi mengandungi tambahan pemanis buatan dan sedikit susu, sehingga rasanya lebih kuat. Pemanis buatan boleh meyebabkan perut kembung dan cirit-birit. Sedangkan, tambahan susu atau krim juga menyebabkan cirit-birit dan permasalahan saluran cerna lain, terutama pada mereka yang mempunyai lactose intolerant.

Jadi, berapa banyak kopi yang sebaiknya diminum? Menurut International Foundation for Gastrointenstinal Disorder, lebih daripada dua atau tiga cawan kopi boleh menyebabkan cirit-birit. Beralih pengambilan kopi rendah kafein mungkin boleh mengurangkan kesan tersebut, meski tidak menghilangkan sepenuhnya.

No comments:
Write comments