Saturday, October 5, 2013

14 Khasiat Timun Yang Perlu Anda Tahu

Timun merupakan jenis sayur dan salah satu tanaman tertua yang ditanam sejak dahulu. Rasanya yang segar dan sedikit manis menjadikan timun sebagai salah satu sayuran yang paling banyak dimakan. Rasanya segar dan juga rangup ketika digigit kerana ia mengandungi banyak air. Timun adalah sayur yang kaya nutrisi yang antara lainnya ialah:

kalori rendah

Kalori yang rendah menjadikan timun sangat baik untuk diet. Baik untuk diet mengurangkan berat badan, diet mencegah hipertensi, maupun diet mencegah diabetes, semuanya akan memberikan hasil yang baik jika anda menambah buah timun ke dalam menu makan anda.

Gaya Hidup Sihat
Photo used under Creative Commons from Ole Husby
Kalium Tinggi dan Sodium rendah

Sodium dapat memancing terjadinya hipertensi dan mencetuskan kolesterol. Sementara, kalium boleh meneutralkan kesan negatif dari sodium . Dengan kandungan kalium tinggi dan sodium rendah seperti ini, maka timun menjadi buah yang sangat baik untuk menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol dalam tubuh.

antioksidan

Buah mentimun mengandung berbagai macam antioksidan, antara lain betakaroten, alfakaroten, vitamin C, vitamin A, zeaxanthin, dan luthein. Dengan adanya banyak antioksidan tersebut, timun dapat mencegah penuaan awal, kanser, dan pelbagai bahaya radikal bebas lain. Timun juga boleh dijadikan topeng muka kerana kandungan antioksidannya dapat merawat kecantikan wajah.

vitamin K

Vitamin K sangatlah baik untuk menjaga kesihatan tulang, gigi, dan saraf . Jika anda kekurangan vitamin K, tulang anda akan lebih mudah mengalami pereputan dan osteoporosis. Selain itu, gigi juga akan menjadi lemah dan mudah tanggal. Kekurangan vitamin K juga boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit saraf seperti Alzheimer. Oleh sebab itu, rajin - rajinlah mengambil timun kerana buah ini kaya akan vitamin K.

silika

Timun juga kaya akan mineral silika . Mineral ini bermanfaat untuk menjaga kekuatan sendi dan tisu otot. Silika juga baik untuk menjaga kecantikan dan kesihatan kuku anda .

Selain kelima hal di atas, masih banyak lagi kandungan pemakanan timun yang patut untuk diketahui. Senarai di bawah ini akan menjelaskan secara lengkap tentang kandungan pemakanan timun :

Glukosa : 1,67 gram
Karbohidrat : 3,63 gram
Serat: 0.5 gram
Riboflavin ( Vitamin B2) : 0,033 mg
Niacin ( Vitamin B3) : 0,098 mg
Asam Pantothenic ( Vitamin B5 ) : 0,259 mg
Thiamin ( Vitamin B1) : 0,027 mg
Vitamin B6 : 0,040 mg
Lemak : 0,11 gram
Protein : 0.65 gm
Vitamin C : 2.8 mg
Asam Folat ( Vitamin B9) : 7 μg
Zat besi : 0,28 mg
Calcium : 16 mg
Magnesium : 13 mg
Fosforus : 24 mg
Zinc : 0.20 mg
Potassium : 147 mg.

Bagaimana, lengkap bukan kandungan khasiat timun? Tanpa kita sedari, ketika mengambil memtimun kita juga telah melengkapi sebahagian besar nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Jadi tunggu apa lagi? Segera segera gunakan timun secara rutin setiap hari untuk mendapatkan pelbagai manafaatnya.

Berikut disenaraikan 14 sebab mengapa anda harus mengamalkan memakan timun.
  1. menghidrat tubuh anda

    Sekiranya anda terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, anda boleh terus memakan timun yang sejuk ini kerana ia mengandungi 90 peratus air. Ianya dengan mudah dapat mengimbangi kandungan air yang kurang dari tubuh anda.

  2. melawan suhu panas

    Memakan timun dapat melegakan pedih hulu hati dan melegakan tubuh dek deman panas. Selain itu juga, sekiranya tubuh anda mengalami selaran matahari, anda boleh meletakkan timun yang dikisar lalu disejukkan ke tubuh anda kerana ia dapat melegakan kepedihan akibat panahan matahari itu.

  3. menyingkirkan toksin

    Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai 'penyapu virtual', yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh anda. Dengan amalan memakan timun yang kerap, timun sekaligus dapat melarutkan batu karang.

  4. sumber vitamin harian

    Timun mengandungi hamper kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari iaitu vitamin A, B dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri. Jadikan ia lebih jus minuman lebih 'berkuasa' dengan mencampur timun, lobak merah dan daun bayam. Ianya juga elok untuk kulit anda kerana ianya mengandungi 12 persen vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit dalam sehari.

  5. membekal mineral kepada kulit

    Timun merupakan sayuran yang sangat tinggi dengan Potasium, Magnesium dan Silikon. Sebab itulah penggunaan timun sangat banyak digunakan oleh kebanyakan pusat Spa.

  6. Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan

    Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program menurunkan berta badan. Jadikan timun sebagai menu harian anda seperti sup timun atau salad. Malah anda boleh gantikan amalan mengunyah cip kentang anda dengan menjadikan timun sebagai snek wajib anda mulai hari ini. Variasikan cara pengambilannya, agar anda tidak bosan asalkan ia masih dalam nilai kalori yang anda perlukan dalam sehari. Selain itu, mengunyah timun juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk rahang anda. Malah, timun juga kaya dengan serat yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik.

  7. Menyegarkan mata

    Mata letih, lingkaran hitam bawah mata? Letak saja timun bawah mata mesti elok lepas tu. Petua kecantikan seperti ini acapkali kita dengar dan bunyi agak klise, tetapi ia memang benar-benar berfungsi membantu mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dan keletihan mata kerana sifat anti radang yang terdapat pada timun.

  8. melawan kanser

    Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian semulajadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.

  9. Boleh merawat diabetis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah

    Jus timun mengandungi sejenis hormone yang diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetis. Para penyelidik telah menemui sejenis kompaun (sebatian) yang digelar 'sterol' pada timun yang mana dapat menurunkan paras kolestrol. Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Sebab itu, timun sangat mujarab baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.

  10. Melembutkan rambut dan kuku

    Keajaibab mineral silica yang terdapat pada timun dapat menjadikan rambut dan kuku anda lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang ada pada timun pula membantu meransangkan pertumbuhan rambut.

  11. Bertindak sebagai penyegar mulut

    Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.

  12. Bermanfaat pada kesihatan sendi, melegakan artritis dan gout

    Memandangkan timun merupakan sumber silica yang paling hebat, ia dapat meransang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan kesakitan arthritis dan gout dengan merendahkan paras asid uric.

  13. Melegakan migrain dan mabuk

    Untuk mengelakkan pening kepala di pagi hari, migraine atau ingin menghilangkan mabuk (yang disebabkan pengambilan alkohol), anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk.

  14. Memastikan buah pinggang berada dalam keadaan baik

    Timun mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh anda sekaligus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.

Sumber rujukan:

  1. http://my.entertainment.yahoo.com
  2. http://manfaatmentimun.blogspot.com/2013/09/mengenal-kandungan-gizi-mentimun.html


No comments:
Write comments